Bola Sepak Mix-Vet Piala KDM Malaysia, final di Stadium Penampang pada Sabtu

KDM PENAMPANG

KOTA KINABALU: Aksi final antara pasukan KDM Penampang dan Tuaran TSV akan mentutup tirai Kejohanan Bola Sepak Mix-Vet Piala KDM Malaysia 2022 di Stadium Penampang, Sabtu ini (18 Jun).

Turut berlangsung di venue dan hari yang sama ialah penentuan tempat ketiga dan keempat antara NVLT Nabawan dan Papar.

Sepak mula  penentuan tempat ketiga adalah pada jam 1.30 tengah hari manakala aksi penentuan juara pada jam 3.30 petang.

Pusingan separuh akhir yang berlangsung bulan lalu menyaksikan Penampang mara ke final dengan kemenangan 2-1 ke atas NVLT Nabawan manakala Tuaran TSV mengalahkan Papar 4-1.

Kejohanan untuk pemain veteran anjuran KDM Malaysia dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) daerah-daerah Pedalaman dan Penampang itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM20,000.

TUARAN TSV

Sebanyak 17 pasukan mengambil bahagian di mana saingan awal peringkat kumpulan bermula pada Mac 2022.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah akan diadakan sebaik sahaja perlawanan akhir  Sabtu ini selesai.

Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia yang juga Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Peter Anthony akan menyempurnakan majlis penutupan.

scroll to top