- Kejohanan Badminton Flypower Tertutup Sabah 2022
PAPAR: Pasangan Eddral Atek/Marcel Simon dari Kota Kinabalu menjuarai acara Beregu Lelaki Kejohanan Badminton Flypower Tertutup Sabah 2022 setelah menewaskan gandingan Calvin Ong/Seddrick Alwyn Gunsalam (KK)pada final yang berlangsung di Dewan Masyarakat Datuk Salleh Sulong Papar, di sini.

JUARA BEREGU GABUNGAN 100 TAHUN… Bakri dan Sudirman.
Tempat ketiga bersama dikongsi gandingan Naldo Fong/Quinton Yap(KK) dan Mohd Yasrin S.Ruslan/Mohd Zulhally Jablin (LD).
Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000, RM600 dan RM300.
Kejohanan Badminton Flypower Tertutup Sabah 2022 telah berlangsung pada 11-13 November 2022 adalah anjuran Persatuan Badminton Papar (PBP)bersama Persatuan Badminton Sabah (SBA, Pejabat Daerah Papar dan UPPM N29 Pantai Manis.

Janih dan Allan Tan menyampaikan hadiah kepada juara bergu lelaki veteran gabungan 40 tahun.
Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Mohd Tamin Zainal Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian merangkap ADUN N29 Pantai Manis, Papar.
Kejohanan tiga hari itu mempertandingkan tujuh kategori iaitu, acara Beregu Lalaki, Beregu Wanita, Beregu Lelaki Gabungan 100 Tahun,Beregu Lelaki Gabungan 80 Tahun, Beregu Campuran, acara Perseorangan Lelaki dan acara Perseorangan Wanita.

Arena Samin bersama hadiah kemenangan yang disampikan oleh Mohd Tamin.
Dalam pada itu acara Beregu Wanita gelaran Johan dimenangi gandingan Foong Yii Zhi/Goh Shuen Tong dari Kota Kinabalu, diikuti oleh gandingan adik beradik Arena Samin/Petricia Samin (KK)Naib Johan dan Tempat Ketiga dikongsi bersama oleh gandingan Adrina Ancelly/Yvonne Ong (KK), Jola Lim Zi Yu/Saidatul Saadiah Muhammad (SDK/KK).
Pemenang Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000, RM600 dan RM150.

JUARA PERSEORANGAN LELAKI…Adik Datu Mohd Saffuan Nizam menerima hadiah dari .Mohd Tamin.
Sambil itu agandingan Bakri Burahima/Sudirman Abas mewakili daerah Lahad Datu menjuarai acara Beregu Lelaki Gabungan 100 Tahun, diikuti gandingan La Jih Shen/S.M.Lee (LD) Naib Johan dan Tempat Ketiga dikongsi bersama oleh gandingan Datuk Steven Joker/Roland Balandong (KK)dan gandingan Kamaruddin Massa/Mohd Dan Maliasan (KDT)
Johan menerima hadiah wang tunai RM600, Naib Johan (RM300) dan Tempat Ketiga (RM150).

Mohd Tamin menyampaikan hadiah kepada Juara beregu lelaki Edral dan Marcel Simin.
Beregu Lelaki Gabungan 80 Tahun dimenengi oleh gandingan Faisal Sayuti/Faridun Kassim dari Lahad Datu, diikuti gandingan Nasib Kadir/Shafaruddin Halide (Tawau) dan Tempat Ketiga dikongsi bersama gandingan Ramno B.Gabriel/Ting Ching Liong (Keningau) dan bidin Lambo/Rosdy Lambo (KLBN/KK).
Johan menerima hadiah wang tunai RM600, diikuti Naib Johan RM300,dan RM150 Tempat Ketiga
Sambil itu acara Beregu Campuran, Johan disandang gandingan Naldo Fong/Goh Shuen Tong (KK), menerima wang tunai RM800, disusuli Naib Johan disandang gandinga Quinton Yap/Fong Yii Zhi (KK) menerima wang tunai RM500 dan Ketiga Bersama dimenangi gandingan Marcel Simon/Adrina Anscelly (KK) dan Lincoln Isaac Shim/Cassey Rynn Rompog (Tuaran, masing-masing menerima wang tunai RM150.

MOHD Tamin dan Janih merakamkan kenangan bersama Jawatankuasa Teknikal dan penganjur.
Perseorangan Lelaki, Johan dirangkul pemain dari Pitas, Datu Mohd Saffuan Nizam Sardik dengan menumpaskan Keane Chok Ken Wei (KLBN ) Naib Johan, manakala Tempat Ketiga dikongsi bersama Hafiz Hakimi Hashim (PTS)dan Chong Kein Hiung (Sandakan).
Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga masing-masing menerimah hadiah wang tunai RM800, RM500 dan RM200.

Hadzlan Hj.Jablee menyampaikan cenderahati kpd Mohd Tamin.
Acara Perseorangan Wanita pula menyaksikan Johan disandang Arena Samin (KK), menerima wang tunai RM600, diikuti Naib Johan, Saidatul Saadiah Muhammad (KK) meraih wang tunai RM300 dan Tempat Ketiga Bersama dimenangi Velerry Yap Ka Ying (Keningau)dan Jola Lim Zi Yu (Sandakan) masing-masing menerima wang tunai RM150.
Dalam pada itu, seramai 334 peserta menyertai kojahanan itu meliputi kategori beregu lelaki (79), beregu wanita (29) , beregu lelaki veteran gabungan 100 tahun (14), beregu lelaki veteran gabungan 80 tahun (20), perseorangan lelaki (77), perseorangan wanita (26) dan beregu campuran (29).

GIMIK PERASMIAN….Mohd Tamin melakukan gimik perasmian kejohanan itu.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Mohd Tamin bersama Janih Bangud Presiden Persatuan Badminton Sabah (SBA) di mana selain hadiah wang tunai, semua pemenang turut menerima medal, bag dan sijil.
Turut hadir memberikan sokongan ialah Pegawai Daerah Papar Hadzlan Hj.Jablee yang juga merupakan Pengerusi Induk Kejohanan, Pegawai UPPM N29 Pantai Manis Rosli Ibrahim, Presiden Persatuan Badminton Daerah Papar Saffri Suhaili dan Penaja Utama Fly Power Alan Tan Bon Bin.

Safri (kiri).menyampaikan sijil penghargaan kepada Vickneswaran.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan khusus kepada Persatuan Badminton Sabah (SBA) kerana memberi kepercayaan kepada Persatuan Badminton Papar menjadi tuan rumah kejohanan.

Juara beregu wanita….Foong Yii Zhi / Goh Shuen Tong.
Penghargaan juga kepada Pejabat UPPM Pantai Manis, Pejabat Daerah Papar, Pegawai Eksekutif Ahmad Jaludin Abd Karim Majlis Daerah Papar, KBS, MSN , Hospital Papar, Penaja Flypower, FNN, Skuad Sabil, para medic serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung hingga kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.

Juara Bergu Campuran Naldo Fong dan Goh Shuen Tong bersama hadiah kemenangan.
Begitu juga syabas dan tahniah diucapkan kepada Referi Kehormat Vickneswaran Nakar Salapan dibantu oleh Daniel Nicholas Yap serta semua jawatankuasa teknikal kejohanan.

Alan Tan Bon Bin menyampaikan cenderahati kepada Mohd Tamin.