Golongan Muda Digalak Sertai Aktiviti Gaya Hidup Sihat

PEMENANG: Japlin menyampaikan hadiah kepada pemenang.

KOTA BELUD: Penglibatan golongan muda dalam apa juga aktiviti sukan dan sentiasa digalakkan oleh kerajaan kerana ia bukan sahaja menjurus kepada gaya hidup sihat.

Ketua Bahagian Bersatu Kota Belud Datuk Japlin Akim berkata, melalui sukan golongan muda dapat menghindarkan daripada terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak diingini.

Beliau berkata, tubuh badan yang sihat dapat menyumbang kepada kesejahteraan negeri dan negara.

“Sukan dianggap sebagai pengisian yang mampu memupuk konsep persaudaraan, fahaman, penghormatan dan menyatukan masyarakat dalam satu hala tuju serta matlamat yang sama,” katanya.

Tambahnya, kerajaan sentiasa menggalakkan aktiviti-aktiviti sukan bermula dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat terbuka bagi memberi peluang kepada generasi muda mendampingi bidang sukan yang mereka minati dan dapat ditonjolkan di peringkat negeri, kebangsaan dan seterusnya di peringkat antarabangsa.

“Bidang sukan merupakan salah satu agenda penting yang ditekankan dalam program pembangunan negara.

“Saya ingin menyeru kepada golonga belia di daerah ini agar lebih aktif merancang kegiatan dalam bidang sukan masing-masing dengan tumpuan untuk melahirkan lebih ramai atlet remaja yang berpotensi untuk diketengahkan di peringkat nasional dan seterusnya di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyampaian hadiah kejohanan Bola Tampar Piala Datuk Japlin di BahKu Island, Pituru Laut, di sini.

KENANGAN: Japlin bergambar kenangan bersama pasukan yang menang.

Kejohanan itu adalah anjuran bersama Armada Cawangan Bersatu Pituru Laut dan Armada cawangan Bersatu Pituru Darat.

Hadir bersama Ketua cawangan Bersatu Pituru Darat Yatan Binua, Ketua Cawangan Bersatu Pituru Laut Jopirin Pononon, Ketua Cawangan Bersatu Ambong Meleboh Masrin dan pengerusi jpkk Pituru Laut Azmi.

Dalam kejohanan itu, johan disandang oleh pasukan Pengkalan Abai, naib johan pasukan Tambulion dan pasukan Buah Pandai IGG di tempat ketiga.

scroll to top