Jangan Lupa SOP Ketika Bersukan Dan Beriadah

RASMI…Robert ketika menyempurnakan perlawanan Persahabatan Bola Sepak 

KENINGAU: Berikutan pembukaan sektor sukan dan rekreasi diharapkan masyarakat negeri ini dapat memanfaatkannya dan terus mematuhi pencegahan COVID-19.

Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik berkata, tentunya kelonggaran sektor sukan dan rekreasi antara yang ditunggu-tunggu oleh setiap masyarakat di negeri ini mahu pun di negara ini.

“Semoga kelonggaran yang diberikan ini dapat memberi kegembiraan kepada setiap lapisan masyarakat.

“Perkara utama adalah jangan lupa terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Norma Baharu yang telah ditetapkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), Ketua-Ketua Jabatan Keningau dan Wakil Rakyat bertempat di Kompleks Sukan Keningau, di sini pada malam Khamis.

Selain itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, berkenaan kebenaran pembukaan aktiviti tamu, pasar tani, pasar malam, pasar mingguan.

Beliau berharap agar semua peniaga yang terlibat perlu mengambil kesempatan ini dan terus mematuhi SOP dan Norma Baharu sebagai pencegahan penyakit COVID-19.

KENANGAN…Robert merakamkan kenangan bersama KBSS, Ketua-Ketua Jabatan Keningau dan Wakil Rakyat yang menyertai.

Tambahnya, kelonggaran kepada hampir semua sektor dan pergerakan juga di negeri ini adalah mengutamakan kepada mereka yang sudah lengkap mengambil dos vaksin COVID-19.

Oleh itu katanya, kepada mereka yang belum menerima vaksin COVID-19 diharapkan dapat tampil menerimanya dengan segera berikutan keadaan negara untuk beralih kepada fasa endemik.

Katanya, usaha itu  bagi melindungi mereka daripada mengalami kesan lebih buruk akibat jangkitan COVID-19 dan memudahkan pergerakan mereka untuk menjalankan urusan seharian.

scroll to top