Kelab Perumahan Laya Laya FC, Sabah Mix sama hebat

Kesebelasan Utama Pasukan KPLL FC merakamkan gambar sebelum sepak mula.

KOTA KINABALU: Kelab Perumahan Laya Laya FC (KPLL FC) dari Tuaran dan Pasukan Sabah Mix sama hebat apabila terikat dengan jaringan 5-5 pada perlawanan persahabatan bola sepak pada malam Rabu.

Diperkuatkan oleh barisan bekas-bekas pemain negeri pada perlawanan yang berlangsung di padang Stadium UMS berkenaan begitu menghiburkan di mana para pemain kedua-dua pasukan masih mampu memperlihatkan kehebatan skil masing-masing.

Kelab PLL FC merakamkan gambar bersama Pasukan Sabah Mix yang dibarisi sebahagian bekas pemain Sabah era 90an.

Pasukan KPLL FC diperkuatkan oleh bekas pemain negeri era 2012, Lee Sin Fui dan Abd. Thaufik Abd Haq yang pernah mewakili Pasukan Melaka United tahun 2015.

Antara barisan KPLL FC ialah, Sazali Sahidun, Jeddy Lee , Jeffrey Lee , Sazulee Sahidun, Amidan Tung, Nursin Kiki, Izudin Tajudin, Hanafi Tajudin, Mr.Yap, Mohammad Faiz  Asrizam (Penjaga Gol) dan beberapa pemain lain yang dibimbing oleh jurulatih berpengalaman Sahidun Rashid dan Azlan Mumin.

Ag.Ismail dan para pegawai merakamkan gambar bersama pemain KPLL FC.

Manakala tunjang peneraju KPLL FC adalah Ag.Ismail Haji Abu Bakar selaku Pengurus Pasukan dibantu oleh Datu Jumri Datu Junaidi sebagai Penolong Pengurus dan juga pemain.

Sementara Pasukan Sabah Mix pula menurunkan bekas pemain kebangsaan Sumardi Anjalan, Reithaudin Awang Emran, Jumat Jimy, Razlan Otoh, Juffery Omopor, Hasim Hamzah, Norejan, Azlan Shah, Faizal Marjus dan dibantu beberapa pemain Liga Simpanan.

Jurulatih Fitness U19 Sabah FC Jumat Jimy ( 2 dari kanan) merakamkan gambar bersama Ag.Ismail (2 kiri), Azlan Mumin (kiri) dan Sahidun Rashid (kanan).

Jurulatih KPLL FC, Azlan Mumin yang ditemui selepas perlawanan berkata, penganjuran perlawanan persahabatan ini adalah sebagai landasan untuk para pemain KPLL FC menimba pengalaman selain untuk meningkatkan lagi mutu permainan masing-masing.

Penjaga Gol Terbaik…Adik Mohammad Faiz (kiri) bersama pemain idolanya Nursin Kiki (tengah) dan Mr.Yap.

Beliau melahirkan rasa puas hati dengan persembahan anak didiknya yang memperlihatkan mutu permainan yang baik dan disiplin yang tinggi sepanjang perlawanan.

Sementara itu pengurus pasukan KPLL FC,  Ag.Ismail Haji Abu Bakar berkata, matlamat perlawanan persahabatan ini adalah untuk memupuk dan menyemai semangat kesukanan di kalangan pemain selain mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang masa.

PEMINAT CILIK … Salah seorang peminat bolasepak cilik mengabadikan gambar bersama Ag.Ismail.

Katanya, aktiviti seumpama ini juga mampu memupuk nilai-nilai murni , jati diri dan semangat setiakawan di mana beliau memuji kerjasama yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan sepanjang perlawanan sehingga ianya berjalan dengan lancar dan sempurna.

scroll to top