Kelab Perumahan Laya Laya menang bergaya, belasah CEBACOO FC 5-1

PASUKAN PLL FC merakamkan gambar sebelum perlawanan  bersama Ag.Ismail.Haji Abu Bakar (berdiri tengah) , Datu Jumri (berdiri, 5 kanan) dan Sahidun  (berdiri 5, dari kiri).

TUARAN: Kelab Perumahan Laya Laya FC (KPLL) dari Tuaran menang bergaya  dalam aksi persahabatan bola sepak menentang Pasukan CEBACOO FC, 5-1 pada Jumaat lepas yang berlangsung di padang Kompleks Sentitik UMS, Kota Kinabalu .

BARISAN Pasukan Cebacoo FC merakamkan album kenangan sebelum perlawanan bermula.

Penolong Pengurus Kelab PLL FC, Datu Jumri Datu Junaidi ketika ditemui selepas perlawanan berkata tujuan perlawanan persahabatan ini adalah untuk menguji dan mencungkil bakat-bakat  baru antara kedua dua pasukan.

Katanya, aktiviti seumpama ini mampu mengeratkan tali silaturahim dan sebagai jambatan perpaduan selain dapat beramah mesra antara antara kedua-dua pasukan.

Pada perlawanan itu Kelab PLL FC diperkuatkan oleh penjaga gol muda mereka, Faiz Asrizam yang pernah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik dalam Kejohanan Bolasepak MSSD Tuaran.

Faiz Asrizam pernah dinobatkan penjaga gol terbaik dalam Kejohanan Bolasepak MSSD Tuaran.

Faiz, 15, mempunyai bakat semula jadi dan banyak menidakkan  beberapa percubaan berbahaya dari pihak lawan dari awal permainan hingga wisel penamat dibunyikan.

Menurut Ketua Jurulatih Pasukan PLL FC Tuaran Sahidun Rashid, satu ketika Faiz juga telah menyelamatkan 3 percubaan satu lawan satu sekaligus mengagalkan pihak lawan untuk menjaringkan gol.

AKSI Faiz Asrizam.

Sahidun memuji permainan sepasukan  yang ditunjukkan oleh semua pemain dengan disiplin dan semangat juang  yang tinggi serta kesungguhan sepanjang perlawanan termasuk semua pegawai yang terlibat.

Nostalgia … Mohammad Faiz (kanan) bersama Badrul dan abangnya Muhammad Ashraf.

PLL FC juga turut diperkuatkan seorang mantan  pemain negeri era 2012 iaitu Lee Sin Fui yang pernah membantu Sabah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia menentang pasukan Selangor.

Sementara itu, Pengurus Pasukan PLL FC, Ag.Ismail Haji Abu Bakar bercadang akan mengembangkan sayap Pasukan PLL FC  dan akan lebih aktif pada tahun hadapan dengan menyertai pertandingan bola sepak terbuka anjuran SAFA dan kelab kelab  khususnya dalam  umur bawah 18 , 16 dan 12  Tahun.

 KENANGAN … Faiz Asrizam  bersama Pengurus Pasukan PLL FC, Ag.Ismail Haji Abu Bakar.

Katanya, pada tahun hadapan (2023) kelab ini juga akan dimantapkan lagi dengan penyertaan beberapa orang  jurulatih yang bertauliah termasuk bimbingan daripada beberapa bekas pemain negeri .

scroll to top