PARIS: Penyerang kelab Barcelona yang berasal dari Poland, Robert Lewandowski (gambar), menerima anugerah penjaring terbanyak musim lepas, dengan anugerah dinamakan semula sebagai Trofi Gerd Mueller, untuk tahun kedua berturut-turut pada majlis penganugerahan Ballon d’Or, kelmarin.
Penyerang berusia 34 tahun itu menyertai Barcelona dari Bayern Munich pada penutup musim, menjaringkan 57 gol dari 56 perlawanan bersama Bayern dan Poland musim lepas.
Dia adalah penjaring terbanyak dalam Bundesliga Jerman musim lepas dengan 35 gol.
Lewandowski juga memenangi anugerah yang sama tahun lepas apabila kategori itu diperkenalkan buat kali pertama, di mana dia memecah rekod Bundesliga untuk gol terbanyak dalam satu musim, yang sebelum ini dipegang Mueller, dengan 41 gol.
Tetapi dia masih belum memenangi anugerah Ballon d’Or, apabila tewas tipis kepada Lionel Messi setahun yang lalu.
Lewandowski menjadi pilihan utama untuk memenangi anugerah pada 2020 tetapi majlis itu dibatalkan kerana kesan pandemik COVID-19 ke atas kalendar bola sepak. — AFP