Matlan serikan perlawanan sumbangsih KBPLL lawan Boskina

Kedua-dua paukan belia merakamkan gambar sebelum perlawanan.

PERLAWANAN sumbangsih bolasepak persahabatan di antara Pasukan Kelab Bolasepak Perumahan Laya-Laya Tuaran (KBPLL) menentang BOSKINA dari Kota Belud bagi dua kategori belia dan veteran telah mengamit kehadiran ramai penonton dan para penyokong bagi kedua-dua pasukan yang telah membanjiri padang bola sepak Kuala Abai, Kota Belud pada petang Ahad .

CENDERAHATI … Pengurus BOSKINA Kota Belud  Silam Ling (3 kiri) bertukar-tukar cenderahati bersama Ag.Ismail Haji Abu Bakar Pengurus KBPLL.

Perlawanan tersebut diserikan dengan kehadiran pemain legenda tanah air Matlan Marjan yang suatu ketika dahulu pernah menyarung jersey pasukan kebangsaan ketika menentang England yang mana beliau telah menjaringkan 2 gol dan dalam penilaian FIFA pada waktu itu Matlan digelar pemain terbaik Asia.

Dalam pada itu KBPLL juga menurunkan kesebelasan utamanya kategori veteran bekas pemain negeri Lee Shin Fui dan Muhammad Faiz Bin Asrizam yang mewakili KBPLL kategori belia yang pernah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik sukan sekolah-sekolah daerah.

Sahabat lama berjumpa semula. (Dari kanan)  Sahidun Rashid, Matlan, Ag.Ismail dan Datu Jumri.

Sementara pasukan BOSKINA dibarisi oleh pemain yang berpengalaman  iaitu Ketua UMNO Bahagian Kota Belud Haji Fadli Juanas, PPM N.10 Usukan Amran Disah, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud Azuwan Marjan Norjan dan beberapa pemain daerah dan para pemain yang tidak asing lagi di Kota Belud.

Perlawanan begitu dramatik, meskipun pasukan belia BOSKINA tewas 4-0 kepada pasukan KBPLL hasil jaringan Sazali Sahidun (2 gol) dan Izudin Tajudin (2 gol) , namun pasukan veterannya bangkit membuktikan keunggulan dengan menewaskan KBPLL dengan jaringan 3 berbalas 2.

ALBUM … Ag.Ismail merakamkan gambar bersama Matlan Marjan. Persahabatan begitu intim hingga ke saat ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Amran Disah (Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) N.10 Usukan mewakili Datuk Seri Panglima Mohamed Salleh Tun Datuk Haji Mohd Said ADUN Usukan.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan kedua-dua pasukan, para pemain, para pemimpin Mukim Kulambai serta semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini hingga ianya berjalan dengan lancar.

Muhammad Faiz Asrizam yang mewakili KBPLL mendapat suntikan semangat dari paciknya Matlan Marjan sebelum perlawanan antara belia.

Katanya, tujuan aktiviti seumpama ini juga adalah sebagai mercu kepada perpaduan dalam membina titian silaturahim tanpa mengira bangsa, agama dan suku kaum.

BOSKINA …Pasukan Veteran BOSKINA Kota Belud merakamkan gambar bersama Pasukan Veteran KBPLL Tuaran sebelum sepak mula.

Kita bukan setakat beriadah malah dapat membina ukhuwah yang mampu memupuk semangat setiakawan dan perpaduan sesama kita, ujarnya.

Hadir sama Ketua Anak Negeri Ikah Gayum, WKAN Darun Derop, Pemaju Mukim Kulambai Samri Moksan, Pemaju Masyarakat Jais Lakub Gaus Aidah Eda, Ketua-Ketua Kampung dan barisan JPKK  serta para pemimpin masyarakat setempat.

scroll to top