Skuad karate akhiri cabaran dengan tambahan 1 emas, 1 gangsa

TAHNIAH...Skuad karate Sabah melepasi sasaran dua emas apabila menamatkan cabaran dengan kutipan tiga pingat emas, dua perak dan tujuh gangsa.

KUALA LUMPUR: Skuad karate Sabah mengakhiri cabaran pada SUKMA XX dengan tambahan satu pingat emas dan satu gangsa kelmarin.

Pingat emas dan gangsa terakhir mereka itu dimenangi dalam acara kumite berpasukan wanita dan lelaki di Dewan Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam.

Pingat emas dimenangi gandingan Amirah Syahirah Azlan, Leong Jia Chii dan Pressy Philip dalam acara kumite berpasukan wanita. Mereka menang 2-0 ke atas pasukan pasukan Selangor yang dianggotai Kayathiri Alagenthran, Srikah Ganesh dan Tanushree Bhaskaran.

Pasukan kumite lelaki Sabah pula menang gangsa. Gandingan Mohamad Iqmal Jafar, Mohd Zuhair Zulkifli Zainal, Muhammad Aiman Azlan, Richal Mattan dan Stanley Dulian menang 2-1 ke atas pasukan Terengganu.

Tambahan satu emas dan perak kelmarin tersebut bagaimanapun merupakan bonus buat skuad karate kerana mereka telahpun mengotakan sasaran dua pingat emas pada Jumaat.

Keseluruhannya, skuad karate menyumbangkan tiga pingat emas, dua perak dan tujuh gangsa.

scroll to top