Bola Sepak Mix-Vet Piala KDM Malaysia: Penampang masuk senarai ke suku akhir

KDM Penampang sertai senarai ke suku akhir Kejohanan Bola Sepak Mix-Vet Piala KDM Malaysia. Turut telah mengesahkan tempat ke suku akhir ialah Tenom Veteran, Papar Veteran, NABT dan Tuaran TSV.

KOTA KINABALU: Pasukan KDM Penampang Mix-Vet sertai senarai ke suku akhir Kejohanan Bola Sepak Mix-Vet Piala KDM Malaysia.

Minggu keempat kejohanan pada Sabtu (9 April) menyaksikan Penampang menempah tempat ke suku akhir selepas menang 5-3 ke atas Pansiangan Veteran di padang Penjara Keningau.

Perlawanan terakhir Kumpulan C yang juga penentuan ke suku akhir bagi kedua-dua pasukan itu menyaksikan Penampang dipaksa bekerja keras dua kali mengejar dari belakang sebelum keluar sebagai pemenang mengiringi juara kumpulan, NABT KK ke suku akhir.

Pansiangan mendahului 3-1 pada separuh masa pertama tetapi Penampang bangkit dengan empat gol pada babak kedua untuk mengecewakan lawan. Penampang mengumpul enam mata untuk muncul naib juara kumpulan.

NABT menjuarai Kumpulan C dengan sembilan mata manakala Pansiangan hanya meraih tiga mata dan Deep Borneo tanpa sebarang mata selepas jadual perlawanan kumpulan itu selesai.

Sambil itu, dua perlawanan Kumpulan B menyaksikan Luton FC menang 4-1 ke atas Tambadau Kiulu di Stadium Penampang pada Sabtu dan BSC Veteran mengalahkan KDM Ranau 3-2 di padang Penjara, Keningau pada Ahad.

Keputusan itu menyaksikan tiga pasukan teratas iaitu NVLT Veteran, Luton dan BSC mengumpul sama jumlah kutipan enam mata.

Bagaimanapun kelebihan ke suku akhir kini berpihak kepada NVLT dan Luton berdasarkan kelebihan jaringan.

NVLT berbaki dua perlawanan dan Luton berbaki satu perlawanan manakala BSC serta KDM Ranau telah melengkapkan jadual.

Tambadau Kiulu juga berbaki satu perlawanan tetapi sudah tersingkir selepas baru mengutip satu mata.

Lima pasukan yang telah mengesahkan tempat ke suku akhir setakat ini adalah Tenom Veteran dan Papar Veteran dari Kumpulan A; NABT, KDM Penampang (Kumpulan C) dan Tuaran TSV (Kumpulan D).

 

Kedudukan

Kumpulan A

PMSKJBMT

Tenom Vet 3 2 0 1 3 1 6

Papar Vet 3 2 0 1 3 2 6

Telipok Utd 3 1 0 2 3 4 3

PVATM Keningau 3 1 0 2 3 3 3

 

Kumpulan B

PMSKJBMT

NVLT Vet 2 2 0 0 10 2 6

Luton FC 3 2 0 1 10 3 6

BSC Vet 4 2 0 2 12 10 6

KDM Ranau 4 1 1 2 6 13 4

Tambadau Kiulu 3 0 1 2 3 13 1

 

Kumpulan C

PMSKJBMT

NABT 3 3 0 0 12 4 9

KDM Penampang 3 2 0 1 13 7 6

Pansiangan Vet 3 1 0 2 7 10 3

Deep Borneo 3 0 0 3 3 14 0

 

Kumpulan D

PMSKJBMT

Tuaran TSV 2 2 0 0 5 1 6

Kepayan FC 2 1 0 1 2 2 3

JJFC 3 1 0 2 5 8 3

TB Mix-Vet 1 0 0 1 2 3 0

scroll to top