Han Loong buat penampilan pertama pada Kejohanan Taekwondo Terbuka Antarabangsa Klasik CK

SEDIA..Pasukan taekwondo Kelab Han Loong bersama penaja pakaian, Nicole Chaw (empat dari kiri di belakang).

KOTA KINABALU: Kelab Taekwondo Han Loong Sabah yang baru ditubuhkan bakal membuat penampilan pertama pada Kejohanan Taekwondo Terbuka Antarabangsa Klasik CK 2022 ke-14.

Kejohanan itu akan berlangsung di Stadium Juara Kompleks Sukan Bukit Kiara Kuala Lumpur pada 11-14 Ogos 2022.

Han Loong yang mewakili Persatuan Taekwondo Bersatu Negeri Sabah (WTF) pada kejohanan selama empat hari itu, menyenaraikan 10 atlet.

Atlet itu terdiri dari empat lelaki dan enam perempuan.

Atlet lelaki ialah Emmanuel Christopher Jr, Kelvin Chaw, Noah Gabriel Wilfred dan Joel Veritinus.

Atlet perempuan pula terdiri daripada Nathalie Abigail, Zulaikha Amira, Verity Veritinus, Yong Feng Yue, Arissa Muhamad Ismail dan Eva Bernadette Wilfred.

Atlet kelab itu mendapat bimbingan beberapa jurulatih seperti Master Ervin Ambu, Wong Yuet Lin dan Emmanuel Siaw.

Kenyataan media kelab Han Loong semalam memberitahu bahawa mereka telah membuat persiapan dan bersedia memberikan yang terbaik pada kejohanan itu.

“Kami harap dapat bawa balik pingat, tidak kiralah apa warna.

“Kami juga mendapat suntikan moral dengan tajaan baju sumbangan Puan Nicole Chaw,” kata kenyataan media kelab itu.

Pasukan kelab itu dijadualkan berangkat ke kejohanan pada 11 Ogos.

scroll to top