Kelvin julang nama SMK DPM dan Kelab Taekwondo Han Loong

Kelvin (dua dari kiri) bersama cikgu Samantha (kiri) dan jurulatih kelab taekwondo Han Loong, Master Ervin Ambu (dua dari kanan) dan Alex Emmanuel Siaw (kanan). 

KOTA KINABALU: Kelvin Chaw Kay Vun julang nama SMK Datuk Peter Mojuntin (DPM), Penampang dan Kelab Taekwondo Han Loong apabila dinobatkan sebagai johan kategori Anugerah Pamer Keunggulan Tahun 2021-2022 Sabah baru-baru ini.

Kelvin muncul johan kategori Murid Cemerlang Kokurikulum Sekolah Menengah atas  pencapaiannya dalam bidang inovasi reka cipta dan sebagai atlet taekwondo.

Kategori Murid Cemerlang Kokurikulum Sekolah Menengah adalah salah anugerah yang disampaikan pada Majlis Anugerah Pamer Keunggulan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah itu yang berlangsung di  Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS), 22 November 2022.

Antara pencapaian Kelvin dalam bidang inovasi reka cipta ialah pingat gangsa pertandingan  ´International Digital Innovation and Invention Challenge 2022´ dan pingat perak `Malaysian International Young Scientist Conference and Exhibition 2021`.

Antara pencapaian terbaik Kelvin sebagai atlet taekwondo pula ialah pingat gangsa acara poomsae individu dan berpasukan  Kejohanan Taekwondo CK Klasik Terbuka Antarabangsa Ke-14 2022 di Kuala Lumpur di samping beberapa pertandingan tempatan Sabah.

Majlis anugerah itu adalah bagi memberikan pengiktirafan kepada murid, sekolah dan pemimpin kokurikulum, sukan, Pusat Kokurikulum dan pengurusan Hal Ehwa Murid (HEM) yang cemerlang di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

scroll to top