POSMIK bantah projek ternakan khinzir di Tongod, desak kerajaan negeri batalkan

AJK POSMIK…Antara Ahli Jawatankuasa Persatuan Orang Sungai Milian Kinabatangan Sabah.

KOTA KINABALU:  Persatuan Orang Sungai Milian Kinabatangan Sabah (POSMIK) membantah sekeras-kerasnya projek ternakan khinzir di Tongod dan mendesak kerajaan negeri agar projek itu dibatalkan.

HAJI MOMIN HAJI AWANG DAMIT

Presiden Posmik, Haji Momin bin Haji Awang Damit berkata, projek itu jika diteruskan boleh  mengakibatkan pencemaran Sungai Kinabatangan, yang menjadi salah satu sumber air utama di pantai timur negeri ini.

Selain itu, ia juga dikhuatiri mendatangkan ancaman kepada penduduk kerana ia mendedahkan penduduk kepada bahaya wabak yang disebabkan oleh khinzir seperti Japanese Encipelitis (JE) dan sebagainya.

Walaupun projek itu akan menjadikan Tongod sebagai pengeluar daging khinzir terpenting di Asia Pasifik, ia tidak memberi banyak manfaat kepada masyarakat setempat kerana ia dibuat untuk keperluan eksport walaupun sepatutnya kerajaan lebih menumpukan kepada pengeluaran industri makanan domestik.

“Kami berpendapat kerajaan menumpukan kepada pengeluaran makanan domestik seperti  pertanian dan penternakan ayam,  lembu dan kambing yang lebih banyak diperlukan seterusnya mampu menjadikan Kinabatangan sebagai hab makanan halal,” katanya.

Beliau juga menekankan agar pihak kerajaan mendapatkan persetujuan secara konsensus daripada penduduk Kinabatangan kerana projek ini nanti jika dilaksanakan bukan saja melibatkan Tongod tapi seluruh daerah Kinabatangan.

Menurutnya, projek ternakan khinzir itu  pernah dicadangkan di dua buah negeri di Semenanjung dan di Sarawak tetapi mereka  menolaknya.

Katanya, penduduk melahirkan kebimbangan  terhadap ancaman wabak seperti yang pernah berlaku di Bukit Pelanduk Melaka beberapa dekad lalu.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah memberitahu Kampung Entilibon Tongod terpilih sebagai ‘Projek ternakan khinzir seluas 500 ekar’ bernilai RM200 juta sekali gus menjadikan daerah itu pengeluar produk daging haiwan utama di rantau Asia Pasifik.

“Operasi projek veteriner ini menggunakan sepenuhnya teknologi moden daripada negara Denmark.

scroll to top