KOTA KINABALU: Seramai 85 orang menyertai pertandingan boling sempena Program Lets Bowl – Santai Bersama Srikandi Bersatu Bahagian Papar yang berlangsung di KK Galaxy Bowl Centre Point Sabah 2 Oktober lalu.

MANTAP … Fahzean (enam kanan) merakamkan gambar bersama AJK Srikandi BERSATU Bahagian Papar.
Program anjuran Srikandi Bersatu Bahagian Papar yang dikendalikan oleh Fahzean Haji Mohiddin selaku Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Papar telah dilancarkan oleh Datuk Armizan Mohd Ali, Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Menteri merangkap Bendahari Bersatu Bahagian Papar dan Pengerusi Persatuan Setiakawan Sabah.

ALBUM … Dari kanan Roslie, Rohan, Armizan dan Fahzean.
Manakala majlis penutupan telah disempurnakan oleh Datuk Ag. Buhtamam Ag. Mahmun, Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Papar merangkap Pengurus Eksekutif Sedafiat Sabah.

CAWANGAN SURATI… Awang Buhtamam menyampaikan hadiah kepada juara boling berkumpulan dari Cawangan Surati.
Sebanyak 20 Cawangan Bersatu terlibat, di mana 60 orang ahli, 15 AJK Bahagian dan 10 AJK Srikandi telah mengambil bahagian.

KENANGAN …Awang Buhtamam bersama peserta merakamkan gambar selepas kejohanan.
Cawangan-cawangan Bersatu yang terlibat iaitu Cawangan Dambai, Gana, Kaiduan, Labak, Limbahau, Ovai, Rampazan, Surati, Pengalat, Kawang, Kg. Laut, Pengalat Kecil, Beringgis, Buang Sayang, Kuala, Kelanahan dan Cawangan Benoni.
Pertanding telah dibahagi kepada tiga kategori iaitu Kategori Berkumpuan, Kategori Individu (AJK Bersatu Bahagian Papar) dan Kategori Khas (AJK Srkadi Bersatu Bahagian Papar).

PELANCARAN …Armizan melakukan gimik pelancaran Program Lets Bowl – Santai Bersama Srikandi Bersatu Bahagian Papar.
Dalam Kategori Berkumpulan menyaksikan pasukan dari Cawangan Surati yang dibarisi oleh Nurul Farhana, Nurwaerdah Yahya dan Milawati dengan jatuhan pin sebanyak 968 telah muncul johan.

TUAH BADAN …Armizan menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan tiket bertuah.
Tempat kedua disandang oleh pasukan dari Cawangan Ovai yang dibarisi oleh Nur Ashiqin M. Abdullah, Hani Syafinie Talip dan Shahziah Salleh dengan jatuhan pin sebanyak 924.

TUAH BADAN … Awang Buhtamam menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan tiket bertuah.
Dan tempat ketiga disandang oleh pasukan dari Cawangan Kaiduan terdiri Nooraziah Sudin, Noorasiah Sudin dan Normah dengan jatuhan pin sebanyak 823.
Sambil itu, Milawati dari Cawangan Surati turut diumum sebagai pemegang ‘Jatuhan Pin Terbanyak’ bagi Kategori Individu Berkumpulan dengan 374 jatuhan pin.

TUAH BADAN … Awang Buhtamam menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan tiket bertuah.
Dalam Kategori Individu (AJK Bersatu Bahagian Papar) menyaksikan Awang Hassan dengan jatuhan pin sebanyak 428 diumum sebagai johan diikuti Haris Salleh (370) tempat kedua dan Hamzah Tamin (324) tempat ketiga.

BAKAT SUKAN … Aksi Fahzean yang bersemangat.
Kategori Khas (AJK Srikandi Bersatu Bahagian Papar) menyaksikan Noraznita Zakaria dengan jatuhan pin sebanyak 301 diumum johan, kedua Jovita @ Saidah Mandisen (274) dan ketiga Rahimah Daud dengan 265 jatuhan pin.
Semua pemenang telah menerima hadiah berupa wang tunai.

BERI SOKONGAN … Armizan sedang menyaksikan pertandingan bersama Sinin.
Turut diadakan ialah cabutan tiket bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik berupa barangan elektrik.
Turut hadir pada program itu ialah Haji Ir Rohan Ahmat, Naib Ketua Bersatu Bahagian Papar, Roslie Ibrahim, Setiausaha Bersatu Bahagian Papar merangkap PPM DUN Kawang, Ahli – ahli Jawatankuasa Bersatu, Ahli-ahli Srikandi Bersatu Bahagian Papar dan Ahli-ahli Bersatu Cawangan.