UNHS kenal pasti bayi bermasalah pendengaran

Rose Nani meletakkan alat bantu pendengaran sebagai gimik perasmian program. 

KOTA KINABALU:  Dalam 1,000 bayi yang menjalani Saringan Pendengaran Universal Neonatal (UNHS), empat orang dikenal pasti mengalami masalah dan kecacatan pendengaran.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Rose Nani Mudin berkata, masalah pendengaran boleh terjadi di semua peringkat umur termasuk sejak lahir dan atas faktor keturunan.

“Oleh itu, ibu bapa perlu peka terhadap tahap pendengaran anak-anak kerana pengesanan awal (early detection) memudahkan proses pemulihan dilakukan.

“Selain mematuhi temujanji antara kanak-kanak dengan pakar perubatan dilakukan secara berkala, ibu bapa juga harus memastikan penggunaan alat bantu pendengaran sentiasa diselenggara penggunaanya secara optimum,” katanya semasa Program “Meet & Greet: Sabah Parent Support Group For Hearing Impaired Children 2022” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

KENANGAN….Gambar kenangan pada program berkenaan.

Bagaimanapun ujarnya, merujuk kepada beberapa kes perubatan, hasil sokongan dan pengawasan berterusan ibubapa, tidak mustahil anak-anak yang menghadapi masalah berkenaan mampu pulih dan seterusnya menjalani aktiviti harian seperti kanak-kanak biasa.
Hadir sama, Timbalan Ketua Profesion Audiologi HQE, Siti Aminah Kamaludin, Pakar Otorinolaringologi (ORL) HQE Dr. Ahmad Nordin Afandi dan Pengerusi Program Sitti Ladyia Mohd Salleh.-PENERANGAN.
scroll to top