Pengawal selia EU syorkan penggunaan vaksin Pfizer COVID-19 sebagai suntikan penggalak

EROPAH: Jawatankuasa Agensi Perubatan Eropah (EMA) pada Jumaat (22 Apr) mengesyorkan penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer dan BioNTech, Comirnaty, sebagai dos penggalak untuk dewasa yang sebelum ini sudah disuntik dengan vaksin lain.

EMA mengesyorkan kelulusan tersebut menyusuli kes harian antarabangsa COVID-19 melepasi 500 juta, sedang jangkitan sub-varian BA.2 Omicron semakin meningkat di banyak negara, menurut Reuters.

Beberapa negara Eropah kini mengalami kenaikan bahkan kemerosotan lebih perlahan jangkitan baru.

Namun, rantau itu masih melaporkan lebih 1 juta kes jangkitan COVID-19 kira-kira setiap dua hari, menurut pengiraan Reuters yang diterbitkan pada Khamis.

Di Amerika Syarikat dan Britain, Comirnaty sudah diluluskan sebagai dos penggalak selepas dua suntikan mana-mana jenis vaksin lain.

Beberapa negara juga sudah memulakan pemberian dos penggalak kedua untuk beberapa kumpulan lain seperti golongan yang lemah imun dan warga emas.

Pada Mac, EMA mengumumkan bahawa tidak ada data yang cukup untuk menyokong cadangan tentang perlunya dos penggalak kedua untuk masyarakat umum.

Minggu lalu, Pfizer dan BioNTech mendedahkan bahawa tiga dos suntikan vaksin mereka menghasilkan perlindungan ketara terhadap varian koronavirus Omicron dalam kalangan kanak-kanak sihat berumur lima hingga 11 tahun, lapor Reuters.

Sumber : Agensi berita/FA/fa

scroll to top