Kelonggaran SOP Fasa 1 Untuk Industri Kreatif

PRESIDEN PFM PANSHA

PERSATUAN Penerbit Filem Malaysia (PFM) menyambut baik dan amat berterima kasih di atas keperihatinan kerajaan terhadap warga seni dan membangunkan semula ekonomi industri kreatif yang  teruk terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Sudah tentunya kebanyakkan aktiviti industri kreatif berpusat di bandar-bandar utama atau dalam negeri  Fasa 1 yang suram sebelum ini akan menjadi ceria semula,”kata Presiden PFM, Pansha.

Pengumuman yang memberi kelegaan kepada warga seni yang  lengkap menerima dua dos vaksin untuk meraih pendapatan sara hidup,” katanya.

Dengan kelonggaran ini, ianya juga memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melepaskan tekanan hidup berhibur bersama keluarga ke pawagam setelah sekian lama terpaksa duduk di rumah mematuhi SOP PKP.

Kandungan televisyen yang menyiarkan program sama berulang-ulang kali dapat diperbaiki apabila aktiviti penggambaran dibenarkan. Segala bantuan dana pemulihan ekonomi dari kerajaan dapat dimanfaat dan dilaksanakan.

Bagi mewakili warga penerbit filem dan televisyen tempatan. Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, dan terutama kepada Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa,  yang  mengambil tindakan bijak, pantas dan cekap demi kepentingan rakyat.

scroll to top