Mike Tyson berulang kali tumbuk penumpang pesawat selepas hilang sabar

Mike Tyson

BAKAS juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson dilaporkan berulang kali menumbuk seorang penumpang yang menaiki pesawat dari San Francisco selepas naik berang apabila lelaki tersebut cuba bercakap dengannya.

Video yang dirakam menggunakan telefon bimbit menunjukkan Tyson yang bersandar di belakang tempat duduknya bertubi-tubi menumbuk lelaki tersebut yang kelihatan mengalami lebam dan sedikit pendarahan akibat insiden tersebut pada Rabu (20 Apr).

“Iron Mike” sebelum itu kelihatan mesra dengan penumpang tersebut dan rakannya ketika menaiki pesawat berkenaan tetapi bertindak ganas apabila lelaki itu “tidak berhenti membangkitkan kemarahannya,” menurut laman hiburan, TMZ.

Lelaki itu berkali-kali “terus-menerus cuba bercakap” dengan petinju berusia 55 tahun itu, menurut laporan tersebut.

“Tyson hilang sabar apabila lelaki di belakangnya bercakap di telinganya… dan menyuruhnya bertenang. Apabila lelaki itu enggan berbuat demikian, Tyson mula menumbuk muka lelaki itu.”

Tyson dilaporkan dibawa keluar dari pesawat sebelum ia berlepas ke Florida.

Polis Amerika Syarikat, syarikat penerbangan JetBlue dan para wakil Tyson bagaimanapun belum lagi mengeluarkan sebarang komen.

Sumber : AFP/NA/na

scroll to top