Kes Harian Positif COVID-19 Di Malaysia Terus Menurun – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Kes COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan tren penurunan untuk lima hari berturut-turut apabila 14,345 kes dicatatkan pada hari ini berbanding 14,954 kes semalam.

DR NOOR HISHAM

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di akaun Twitter beliau berkata Sarawak mencatatkan kes tertinggi hari ini dengan 3,611 kes diikuti Johor (1,598), Selangor (1,365) dan Sabah (1,255).

“Tiga negeri lagi yang mencatatkan kes COVID-19 melebihi 1,000 kes ialah Pulau Pinang dengan 1,170 kes, Perak (1,090) dan  Kelantan (1,050),” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, lima negeri mencatatkan kes COVID-19  tiga angka hari ini ialah Kedah dengan 967 kes, Terengganu (804), Pahang (779), Kuala Lumpur (307) dan Melaka (162).

Perlis dan Putrajaya mencatatkan kes dua angka dengan masing-masing 51 dan 11 kes sementara Labuan  merekodkan sifar kes hari ini. – Bernama.

scroll to top