670 Pelajar Terima BUDI

TAWARAN ... Hajiji (dua dari kiri) ketika menyerahkan surat tawaran JPA kepada penerima.

KOTA KINABALU: Seramai 670 pelajar bumiputra Sabah terpilih menerima bantuan menerusi Program Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI).

PENERIMA BUDI … Addellyne pelajar UNIMAS terpilih penerima Program BUDI.

TAWARAN … Adeline pelajar UITM Shah Alam menunjukkan surat tawaran JPA penerima Program BUDI.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban pelajar kalangan keluarga B40 untuk meneruskan pengajian mereka.

“Seramai 670 pelajar bumiputra Sabah dipilih di bawah program tersebut dan pelajar-pelajar ini akan mengikuti pelbagai program dalam pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan diploma.

“Pada petang ini, pihak Yayasan Sabah menerusi program BUDI menyalurkan bantuan one off sebanyak RM2,000 kepada setiap pelajar ijazah sarjana muda dan RM1,500 kepada pelajar yang meneruskan pengajian peringkat diploma.

Hajiji berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Surat Tawaran JPA kepada 30 pelajar peringkat Ijazah sarjana muda, 28 pelajar diploma dan satu pelajar asasi dari golongan keluarga B40 di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), kelmarin.

Addellyne Christie Albert, 21, pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) merupakan salah seorang penerima program BUDI berkata, bantuan yang diterima itu akan digunakan sebaiknya bagi meringankan beban ibu bapanya yang menanggung adik beradiknya yang masih bersekolah.

Seorang lagi penerima, Adeline Michael, 21 pelajar Universiti Teknologi Mara yang sedang mengikuti pengajian secara maya meluahkan rasa syukur kerana menerima bantuan program BUDI memandangkan dia berasal dari keluarga B40 dan bantuan itu dapat digunakan dalam pembelajarannya kelak.

CENDERAHATI … Hajiji (kanan) menerima cenderahati dari Naib Canselor UMS.

Selain program BUDI kerajaan negeri juga telah melaksanakan bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) kepada pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM sebanyak RM200 seorang.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Dr. Zulkapli Mohemed dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Professor Datuk Dr. Taufek Yap.-Penerangan.

scroll to top