FAS, Lions hulur sumbangan masyarakat Tajau, Tamalang, Loro Kecil

Darren dan Evelyn menyampaikan sumbangan kemanusiaan.

KOTA KINABALU: Misi kemanusiaan Food Aid Sabah (FAS) dan Lions Club Kudat berjaya dilaksanakan dengan mengagih-agihkan bantuan makanan kepada Keluarga Murid SJKC Sacred Heart Tajau, Kg Tamalang dan Kg Loro Kecil di sini.

Pengerusi FAS Darren Liew berkata sumbangan kepada 50 penerima bantuan itu dijayakan hasil tabung korporat Shoppe dan Grand Furniture kepada masyarakat yang memerlukan.

“Kerjasama sektor korporat dengan badan bukan kerajaan berjaya merealisasikan program sumbangan kemanusiaan kami,” katanya yang diiringi ahli jawatankuasa Lions Club Kudat Evelyn Kong.

Darren memberitahu pelbagai program telah disusun dalam rangka menjangkau lebih ramai masyarakat memerlukan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan di negeri ini.

Orang ramai atau pihak korporat yang ingin menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan boleh menghubungi FAS di talian 0162200520 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

scroll to top