PISBA adakan kunjungan hormat kepada Tan Sri Pandikar

KUNJUNGAN HORMAT…AMT Pisba diketuai Presiden, Dato Seri Sharif Perais Haji Sharif Baba mengadakan kunjungan hormat kepada Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia di Likas kelmarin.

KOTA KINABALU: Persatuan Bumiputera Iranun Sabah (PISBA) yang dipimpin oleh Presidennya, Dato’ Seri Sharif Perais Haji Sharif Baba mengadakan kunjungan hormat kepada Utusan Khas (Special Envoy) ke Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia (BIMP-EAGA) Sabah dan penasihat khas Ketua Menteri Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Likas, kelmarin.

Sharif Perais memberitahu, tujuan kunjungan hormat itu ialah suaikenal dengan kepimpinan dan barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang baru bagi sesi 2023.

Selain itu, dalam kunjungan itu juga, kepimpinan PISBA menyampaikan surat pelantikan kepada Tan Sri Pandikar sebagai Penasihat PISBA.

“Yang Berbahagia Tan Sri Pandikar Amin menerima dan bersetuju atas pelantikan sebagai penasihat Pisba,” kata Sharif Perais.

Turut dibincangkan dalam kunjungan itu ialah Persidangan Mesyuarat Agung Pisba yang dijangka diadakan pada September 2023 dimana kami memohon kepada Tan Sri untuk berjumpa dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Datuk Seri Pangima Hajiji Haji Noor dan menjemput beliau untuk merasmikan persidangan itu, kata Sharif Perais.

Antara yang hadir dalam kunjungan hormat itu ialah Timbalan Presiden, Mazhry Nasir, , Naib Presiden SI (B) Jawil Haji Saidan, Sharif Asnawan Sh Doki, Haji Marjum Haji Bandari,Setiausaha Agung, Juslidi Haji Rosmin, Penolong Setiausaha Agung, Sharif Aeman Azharie Razis dan Ahli Majlis Tertinggi, Haji kassim Lunoh, Mohd Saibi Melah, Sablin Zainal, Ahmad Haji Muili.Turut serta dalam kunjungan itu ialah Pengerusi Tetap Datu Masdan Datu Nurasin.

 

scroll to top