RM2.6 juta untuk infrastruktur baharu di Papar

Hajiji (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek kepada Adun Limbahau Datuk Juil Nuatim (dua dari kanan).

PAPAR: Kerajaan Negeri menyumbang RM2.6 juta bagi pembinaan infrastruktur baharu di daerah Papar.

Sumbangan tersebut merangkumi RM2 juta untuk pembinaan dewan serbaguna di Limbahau dan RM600 ribu bagi membiayai pembinaan bangunan baharu di Sekolah Menengah St. Joseph Papar.

Hadir menyenpurnakan penyampaian sumbangan terbabit ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulamhaidar Khan Bahadar di Kediamannya, kelmarin.

Pada majlis sama, Hajiji turut menyerahkan surat pewartaan tanah bertarikh 12 Mei 2022 seluas 129.04 hektar untuk dijadikan sebagai kampung rizab kepada Pegawai Daerah Papar, Hadzlan Jabli.

Kampung tersebut ialah Kg Kawang dengan keluasan 48.10 hektar dan Kg Beringgis seluas 80.937 hektar.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Mohd Tamin Zainal dan Pengarah Tanah Dan Ukur Sabah, Bernard Liew.-Penerangan.

scroll to top