Seekor Buaya Seberat 700kg Berjaya Ditangap APM Dibantu Penduduk Kg. Nagapas

PAPAR: Seekor buaya seberat 700 kilogram berjaya ditangkap oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Papar dengan bantuan penduduk kampung di Kg Nagapas, malam tadi.

APM dalam kenyataan memaklumkan, buaya dengan anggaran panjang 16 kaki itu ditemui penduduk, Nicole Glorie kira-kira 7.30 malam dan seterusnya menghubungi APM Sabah.

Buaya berkenaan dikatakan sebelum ini telah tular di media sosial beberapa hari lalu.

Turut terlibat dilokasi, pasukan PDRM bagi mengawal keberadaan orang awam serta keselamatan lalu lintas.

Buaya tersebut seterusnya diserahkan kepada Wildlife Rescue. – Sumber & Gambar : APM Sabah.

scroll to top