Malam Ramah Mesra Aidil Fitri 2022 meriah

JAWATANKUASA ... Reduan bersama jawatankuasa Majlis Malam Ramah Mesra Aidil Fitri 2022.

MAJLIS Malam Ramah Mesra Aidil Fitri 2022 anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.22 Tanjung Aru disambut meriah di Balairaya Kampung Tanjung Aru Lama pada malam Sabtu lalu.

FESYEN KANAK-KANAK … Pemenang pertandingan fesyen kanak-kanak.

Setelah kira-kira lebih 10 tahun program seumpanya tidak diadakan, pada tahun ini program dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK), Jawatankuasa Keselamatan Dalam Bandar (JKDB) serta pemimpin-pemimpin masyarakat kawasan N.22 Tanjung Aru berkenaan, akhirnya telah diadakan dengan jayanya.

PERSEMBAHAN laru raya oleh barisan jawatankuasa kalangan JKDB, JPKK dan pemimpin setempat turut menyerikan majlis.

Berucap ketika merasmikan majlis itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Aru Mohd Reduan Datuk Aklee melahirkan rasa terharu dan gembira di atas sambutan masyarakat kawasan DUN Tanjung Aru dengan program yang dianjurkan.

REDUAN menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat kedua pertandingan pondok berhias.

“Setelah sekian lama kita tidak ‘kurung kurung’ (berkumpul), alhamdulillah, program pada malam ini telah berjaya menghimpunkan penduduk dari Kampung Tanjung Aru, Sembulan dan juga dari Pulau Gaya.

TAHNIAH … Reduan menyampaikan hadiah kepeda pemenang pertandingan lagu karaoke.

Katanya, inilah tujuan utama kita, iaitu untuk menyatukan perpaduan dan mengakrabkan tali silaturahim kalangan masyarakat di kawasan Tanjung Aru ini dalam satu majlis Aidil Fitri, yang penuh dengan warna warni.

HADIRIN … Sebahagian masyarakat yang hadir memeriahkan majlis Malam Ramah Mesra Aidil Fitri 2022.

Reduan juga turut mengingatkan agar masyarakat di Tanjung Aru untuk terus mematuhi SOP demi menghindar diri daripada pandemik COVID-19.

TAHNIAH …Shahelmey (tiga kiri) dan Reduan (dua kanan) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada seorang pemenang.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap ADUN Tanjung Keramat Datuk Ir Shahelmey Yahya, Ketua UMNO Bahagian Putatan Jeffrey Nor Mohamed dan para pemimpin setempat.

PONDOK BAWANG memenagi pertandingan pondok berhias sempena program itu.

Pelbagai pengisian telah disusun aturkan bagi memeriahkan Majlis Malam Ramah Mesra Aidil Fitri 2022 pada malam itu iaitu persembahan kebudayaan, pertandingan karaoke lagu Hari Raya, pertandingan fesyen kanak-kanak, pertandingan pondok berhias dan cabutan tiket bertuah.

scroll to top