- Lebih 100 jayakan Program Gotong Royong Bersihkan Tanah Perkuburan Islam Printing, Kepayan
KOTA KINABALU: Sempena menjelangnya bulah Ramadan yang akan hadir beberapa hari saja lagi, satu program gotong royong membersihkan Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Printing, Kepayan telah diadakan pada pagi Sabtu.
Program anjuran dengan kerjasama antara Persatuan Anak Jati Tanjung Aru Baru, Masjid Al Falah Kepayan, dan Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) Tanjung Aru.

HAJI MALEK
Selain itu, program juga telah mendapat bantuan dan kerjasama oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Sembulan dan daripada pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Turut serta bersama masyarakat sekitar Tanjung Aru, Kepayan, dan Sembulan yang hadir menjayakan program gotong royong berkenaan ialah Pengerusi Persatuan Anak Jati Tanjung Aru Khalid Haji Osman.

KHALID OSMAN
Khalid yang ditanya berhubung penganjuran gotong royong itu berkata, objektif utama program gotong royong ini adalah bagi membersihkan tanah perkuburan berkenaan sebelum tibanya bulan Ramadan yang secara tidak langsung akan memberikan keselesaan kepada masyarakat untuk menziarahi ahli keluarga mereka yang dikebumikan di sini.
“InshaAllah, dengan kerja-kerja pembersihan, penebangan pokok, potong rumput dan semak dan sebagainya yang dilakukan pada hari ini sekurang-kurang akan mengurangkan kerja-kerja pembersihan oleh masyarakat yang akan hadir menziarahi kubur ahli keluarga mereka yang telah pergi dan kebumikan di sini menjelang Ramadan dan Syawal nanti,” katanya.

HAJI MALEK menunjukkan tujuh kubur yang berada di luar sempadan Tanah Perkuburan Printing, Kepayan.
Program telah bermula sekitar jam 7.30 pagi itu dimulakan dengan taklimat oleh Pengerusi Masjid Al-Falah Kepayan, Haji Abdul Malek Chua kepada peserta berhubung kerja-kerja yang perlu dilakukan.
Peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan yang masing-masing akan membersikan kawasan tanah perkuburan berkenaan mengikut zon yang dibahagi-bahagikan iaitu Zon Firdaus 1, Firdaus 2, Firdaus 3 dan Firdaus 4.
Menceritakan serba sedikit mengenai tanah perkuburan itu, Haji Abdul Malek memberitahu bahawa Tanah Perkuburan Printing, Kepayan ini merupakan sebuah tanah perkuburan lama, yang wujud semasa zaman British lagi yang baru-baru ini telah diambil alih oleh Masjid Al-Falah, Kepayan dan diberikan mandat oleh pihak JHEAINS untuk mengendalikannya.
“Luasnya sekitar dalam tiga ke empat ekar, tanah perkuburan ini khusus untuk orang-orang tempatan yang tinggal di Kepayan, Tanjung Aru dan Sembulan.
Bagaimanapun menurut beliau, oleh kerana tiada tanah perkuburan untuk bangsa-bangsa yang lain yang tinggal di sekitar kawasan ini, ianya juga dijadikan tempat pengkebumian jenazah keluarga mereka yang dilakukan tanpa keizinan.
“Kita tidak dapat memantau perkara sebegini. Memandangkan kebiasaannya mereka akan melakukan pengkabumian pada waktu malam.
“Dan pada masa pengkebumian adalah dia punya ‘ratuals werk’ yang menyebabkan kita terkesan.
“Sebagai seorang Islam, kita tidak boleh membiarkan kes-kes yang tidak patut berlaku, seperti mendirikan struktur yang bertentangan dengan Islam dan boleh mencemar akidah,” katanya.
Dalam pada itu Haji Malek berharap waris-waris keluarga yang mengkebumikan jenazah keluarga mereka di tanah perkuburan ini untuk memberikan sedekah atau sumbangan kepada Masjid Al Falah.
“Bila Masjid Al Falah, Kepayan diberikan mandat untuk mengurus tanah perkuburan ini oleh pihak JHEAINS, kita tidak hanya menggunakan apa yang ada tetapi kita memohon bantuan atau sumbangan daripada masyarakat yang menggunakan tanah perkuburan ini untuk menghantar jenazah keluarga mereka.
Sehubungan dengan itu tambahnya, untuk sama-sama meringankan beban masjid, kita mengenakan sedikit sumbangan atau sedekah supaya kita dapat menyelanggara kawasan ini, seperti membersihkan kawasan selain memperbaiki kerosakan yang perlu di sini.
“Jadi kita minta lah supaya masyarakat faham yang Masjid Al Falah bukan organisasi yang berada, kita adalah sebuah badan NGO juga yang merupakan hanya sebuah masjid yang hanya menerima ihsan dan sedekah daripada masyarakat Islam pada setiap hari mahupun pada hari Jumaat.
Katanya, sekiranya masyarakat dapat sedar mengenai ketidak mampuan masjid ini untuk mengurus, untuk membayar gaji, upah dan sebagainya, saya mohon lah ahli-ahli keriah di kawasan ini bagi memberikan sedikit sumbangan kepada masjid untuk kita menjaga tanah perkuburan ini..inshaAllah.
Sementara itu, Haji Malek mengingatkan kepada mana-mana waris keluarga yang ingin mengkebumikan jenazah keluarga mereka di tanah perkuburan ini untuk memohon keizinan terlebih dahulu kepada pihak Masjid Al-Falah Kepayan.
“Ini berikutan terdapat tujuh kubur telah wujud di luar sempadan tanah perkuburan berkenaan yang memasuki tanah individu yang bersempadan dengan Tanah Perkuburan Printing ini.
Katanya, kita risau jika pemilik tanah berkenaan mendapati ada kubur di tanahnya dan meminta ianya dialihkan, pastinya ianya akan menimbulkan masalah.
Dalam pada itu, Khalid merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh Anak Jati Tanjung Aru Baru, Jawatankuasa PMBS Tg. Aru, Jawatankuasa Masjid Al-Falah, pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sembulan, pihak DBKK dan masyarakat Tanjung Aru, Kepayan dan Sembulan yang hadir menyertai gotong royong berkenaan.
“Sekalung penghargaan juga kepada semua penyumbang baik dari segi kewangan, makanan, minuman dan peralatan terutama kepada Pengurus Besar Lembaga Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA) Bahrul Radza Hj Chuprat, dan kepada Timbalan Ketua Menteri lll, Datuk Ir Shahelmey Yahya merangkap Ahli Parlimen Putatan.
Beliau mengharapkan program sebegini akan diteruskan pada masa-masa akan dating.